


31 Oktober 2026 | Kok Lanas, Kelantan
Peguam Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Prasarana Rekreasi yang telah dinaik taraf di Taman Pinggiran Warisan, Kampung Kok Lanas, sempena Program Kampung Angkat MADANI Jabatan Peguam Negara (AGC) 2026.
Inisiatif murni ini, di bawah Program Kampung Angkat MADANI, adalah komitmen berterusan dalam memperkasakan kemudahan awam serta menyokong kesejahteraan komuniti setempat.
Majlis bermakna ini turut menyerlahkan semangat kerjsama erat apabila dihadiri bersama oleh YBM Tengku Kaya Perkasa, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang menyampaikan ucapan aluan di majlis tersebut. Antara dif kenamaan lain yang hadir adalah YB Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, serta YBhg. Dato’ Yang Dipertua Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.
Semoga prasarana baharu ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan membawa impak positif kepada kesejahteraan penduduk Kampung Kok Lanas.