Skip to main content

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL LAMAN WEB/PORTAL JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN NEGERI KELANTAN BIL.2/2026

WEBUTAMA

mesyuaratteknikalweb

mesyuaratteknikalweb1

11 November 2026 bersamaan 01 Jamadilakhir 1448H ( Rabu ) | Secara Dalam Talian

Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Laman Web/Portal Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Kelantan Bil. 2/2026 secara dalam talian. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Ts. Noraz Leley binti Muhamad, Pengarah Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat bertujuan memberikan tumpuan kepada Status Pembangunan Laman Web Kerajaan Negeri Kelantan, Pemantauan Pematuhan Standard Laman Web Kerajaan Negeri Kelantan (SPLaSK) serta Pengukuhan Keselamatan ICT Laman Web Kerajaan Negeri Kelantan.

Antara perkara yang dibincangkan ialah kepentingan pengemaskinian versi sistem dan komponen laman web, penyelenggaraan berkala, pelaksanaan sandaran data serta langkah pencegahan ancaman siber bagi memastikan laman web rasmi sentiasa selamat, berfungsi dengan baik dan menyediakan maklumat yang tepat serta terkini.

Kerjasama dan komitmen semua pihak amatlah penting bagi memastikan tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan secara berterusan demi memperkukuh tadbir urus digital dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan negeri.

#BahagianPengurusanTeknologiMaklumat
#PejabatSetiausahaKerajaanNegeriKelantan
#RajaDanRakyat,BerpisahTiada
#SemogaAllahMelindungiTuankuDuniaDanAkhirat 

SEO-KELANTAN

splwpk-privacy-policy

KELGOV PPST
Arkib Berita